Tuesday, November 18, 2008

2 hari bersama 'sifu' di Taiping

16 November 2008 pukul 11pm saya sampai di Stesen Bas Pudu. Pada mulanya semua benda kelihatan 'ok' lah. Tiada apa2 masalah pun. Tapi keadaan tu tak kekal lama,beberapa minit sebelum saya naik bas,saya kehilangan tiket bas saya...hahahha...cuak gilaa masa tuu...saya pergi cari dkt tempat saya duduk sebelum nak naik bas tu pun takda. Punya la kelam kabut cari. Siap ada pak cik n mak cik nie ckp kat saya "cuba adik carik pelan2,insyaallah ada tuu..jangan kelam kabut sgt"...heee~..thanx to pak cik n mak cik tu sbb dia cuba nak tolong saya carik tiket yg hilang masa tu,tapi saya faham,dorg pon tak bole nak buat apa2.heh..lepas tu takde choice da la,pegi jumpa driver bas tu n cuba berunding dgn dia.heh..dan akhirnya,dia ckp kalau nak naik jugak bole,tapi kena tunggulah kalau ada kosong n KALAU ada saya kena bayar rm15 lagi(sama mcm harga ticket la..)..haihh..takpalah..dah nasib nak buat mcm mana..hheheh.. pukul 12.15am bas bertolak dari Stesen Bas Pudu ke Teluk Intan.tujuan saya pegi Teluk Intan untuk sama2 shoot wedding dkt sana.Semua team Shutterbugz Studio iaitu Wantai(Wan Shahril Wan Mustapha),Kak Yanty ,Pendek(Hafiz),Harry, dan saya sendiri, telah turut serta dlm job pada hari itu.Habis selesai job tu kami semua terus pulang ke Taiping.Smpai kerumah,saya telah diperjelaskan lagi tentang gambar2 yg perlu ada dlm satu2 album dan kami juga telah berbincang mengenai kelemahan-kelemahan gambar saya semasa mengendalikan job pertama saya baru2 ini.

17 November 2008 bermulanya "2 hari bersama 'sifu' di Taiping'.Saya telah dipanggil untuk turun ke Taiping berjumpa 'sifu' saya iaitu wantai(Wan Shahril Wan Mustapha - bos Shutterbugz Studio) untuk diberi assignment dan belajar beberapa teknik photography disamping mendapatkan penerangan secara detail lagi mengenai wedding photography. Berumula jam 10.30am kami keluar breakfast,wantai mula bagi task kepada kami (saya dan harry,kecik tak dpt ikut..dia kena pg ipoh). Kami bertiga akan berjalan di tengah2 pekan Taiping n cuba dptkan shot2 menarik. Selain dari cuba dapatkan shot2 menarik,Wantai nak kami belajar mcm mana nak communicate dgn org ramai. Tujuan Wantai ajar kami benda nie ialah untuk membiasakan kami tegur org ramai agar kami tidak kekok/malu untuk bercakap dgn pengantin dan keluarga pengantin ketika mengendalikan job masing2. Kami mula parking kereta,dan keluar melakukan tugas ni dlm tgh hari kot kalau tak silap. Cuaca pada mulanya mmg cun..tapi tak lama lepas tu hujan mula turun dan ia sedikit sebanyak mengganggu tugas kami pada hari tersebut. Walaubagaimanapun,kami still harus menyelesaikan tugas yang diberi. Sekitar pkul 4pm kami stop dan pergi minum sambil melihat hasil2 yg telah diperolehi. Lepas tgk hasil, sekali lagi, wantai cerita lagi dgn lebih detail kelemahan2 gambar wedding saya dan tunjukkan beberapa contoh gambar yg lebih baik. Habis minum, terus balik rumah rehat..tunggu untuk assignment hari seterusnya.


18 November 2008 merupakan hari kedua saya di Taiping. Kami semua bangun tidur dan habis bersiap sekitar pukul90am dan terus keluar buat assignment untuk hari ini. Lokasi untuk kami melakukan tugasan pada hari ini ialah di pasar(tak pasti nama pasar ni apa),tapi bila kami tiba di lokasi ,keadaan tidak sibuk dgn org ramai pergi membeli barang2 keperluan rumah mereka tetapi keadaan disana sibuk dgn org ramai bersama2 Majlis Perbandaran Taiping membuat operasi membersihkan kawasan pasar dan membunuh tikus. Walaupun keadaan tidak seperti yg dijangka,tetapi still juga bole dijadikan sebahagian dari assignment kami.

Photobucket

Photobucket


Tepat pukul 12am kami stop dan dihantar pulang kerumah sebab wantai ada hal yg perlu diselesaikan..dapatla jugak nak berehat untuk beberapa jam.heh...Pukul 3 merupakan assignment terakhir kami dimana kami dibekalkan dengan sorg model yg 'zero',takdak experience apa2 berkenaan modelling. Assignment terakhir kami nie menguji kami punya cara communicate dgn model,idea kami,ketajaman mata kami,dan banyak lagi lah. Untuk assignment terakhir nie Wantai tak ikut kami,yg pergi saya,harry dan boy(model). Sesi kami bersama model tu sepatutnya bermula lebih kurang pukul 3.30pm-6pm, tapi lebih kurang pukul 4.30pm hujan dah mula turun dan kami terpaksa stop untuk sesi tersebut.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tak boleh nak buat outdo0r,kami mula cari tempat indo0r yg bole buat photosho0t untuk model tuh. Kebetulan saya nak balik KL malam tu naik train,so da alang2 nak pegi beli ticket tu terus pegi sho0t dkt sanalah. Tapi malangnya,ticket train balik kl dah habis....hahaha...takpalah..btw, teruja saya tgk stesen keretapi tu..oldschool gilaa!mulalah nak amek gambar2 stesen keretapi tu.Dalam saya khusyuk amek gambar stesen tu,harry main jahat!..hahaha..dia curik model bawak pegi sho0t sorg2..hahaha..takpalah...saya biarkan je lah sbb rasanya mula2 tadi dah banyak dah shots yg menarik.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Habis selesai Harry sho0t model,kami menuju ke Kamunting untuk beli ticket bas. Alhamdulillah..ticket bas malam tu still ada..heheheh..pkul 10.30pm..dah dapat ticket bas, kitorg pegi minum dkt Restoran Pelita n jumpa Wantai kat sana. Tepat pkul 7pm kami berangkat pulang kerumah dan sambung buat assignment kami dimana kami kena pilih 20best shots utk sepanjang kami buat assignment tu n bersiap sedia untuk critic session..heheh...smpai rumah dlm pukul 7.15pm dan kami mulakan terus proses pilih n edit gambar2 terbaik kami. Tepat pukul 9pm tibalah sesi terakhir kami iaitu critic session dan penkritik2nya terdiri dari semua yang ada (wantai,kak yanty,harry dan boy). huhu,apa yg dikritik tu tak payah tau la kot..kalau nak tau dtg jumpa saya.heeee...habis session critic nieh,saya bersiap,then pegi makan ramai2,dan 10.20pm Wantai hantar ke stesen bas. Alhamdulillah,saya selamat sampai ke pudu pada pukul 2.30am n thanx to akid sbb sanggup amek kat pudu..heee~

*Gambar2 akan diupload kemudian..harap bersabar yea*

0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP